CBTL lancar Nitro Cold Brew

CBTL lancar Nitro Cold Brew

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa, hari ini, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) telah melancarkan ‘Happy Coffee Celebration’ dengan menawarkan pelbagai promosi bagi mesin CBTL Kaldi Single Serve, CBTL Capsules dan cawan CBTL serta memperkenalkan minuman Nitro Cold Brew.

Pelancaran minuman Nitro Cold Brew itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan PAR Group of Companies, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Munim bin Pengiran Anak Tahiruddin.

Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Pengurus Perniagaan Francais CBTL, dari Jabatan Francais Asia yang berpangkalan di Malaysia, Hafezul Rahman Abdullah.

Nitro Cold Brew boleh didapati dalam dua saiz iaitu saiz kecil dan saiz biasa, di samping itu, para pelanggan juga boleh memilih untuk mencuba Nitro Cold Brew atau Nitro Cold Brew Latte.

Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Munim semasa melancarkan Nitro Cold Brew.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Munim semasa melancarkan Nitro Cold Brew.

ARTIKEL YANG SAMA