CBTL meriahkan Hari Terbuka TUDB

CBTL meriahkan Hari Terbuka TUDB

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), kelmarin, turut menyemarakkan dan menyertai Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Jubli Emas Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB, Rimba.

Semasa sambutan itu, semua anggota beruniform telah disajikan dengan teh ais Swedish Berry secara percuma apabila mereka mengunjungi kios CBTL yang terletak berhampiran kawasan kolam renang di kompleks berkenaan.

Manakala itu, 50 orang pelanggan pertama yang berkunjung ke kios CBTL turut diberikan minuman ‘Ice Blended.’

Pengurus Pemasaran, Awangku Addeni bin Pengiran Tajuddin dalam kenyataannya melahirkan perasaan gembira dan setinggi-tinggi penghargaan kepada TUDB kerana menjemput pihak CBTL bagi sama-sama memeriahkan lagi Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Jubli Emas TUDB itu.

Kakitangan CBTL semasa Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Jubli Emas TUDB di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB, Rimba. – Gambar CBTL
Kakitangan CBTL semasa Hari Terbuka sempena Ulang Tahun Jubli Emas TUDB di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB, Rimba. – Gambar CBTL

ARTIKEL YANG SAMA