CBTL Panaga perkenal menu baru

CBTL Panaga perkenal menu baru

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 27 Sept – Setelah mendapat sambutan hangat di SupaSave Mata-Mata, Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) telah melancarkan menu piza buatan sendiri bagi cawangan CBTL Supasave di Panaga, Seria.

Pengurus Pemasaran CBTL, Awang Jonathan Bong memberitahu menu ‘Artisan Hand-Crafted Pizza’ itu juga merupakan sebahagian daripada usaha CBTL untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya di Daerah Belait.

“Semua ini adalah hasil daripada maklum balas yang kami terima daripada pelanggan-pelanggan setia CBTL di daerah ini, kami sudah merancang mengenai menu piza tersebut sejak tahun lepas lagi, dengan memperelok bahan-bahan serta mempelbagaikan lagi jenis-jenis piza sebelum memperkenalkannya kepada orang ramai,” katanya.

Antara jenis-jenis piza yang terdapat dalam menu tersebut termasuk Magherita, Quatro Fomaggi, Diavola, Funghi, Vegetariano, Fumo Salmone dan Frutti Di Mare.

Antara menu piza yang diperkenalkan kepada pihak media tempatan.
Antara menu piza yang diperkenalkan kepada pihak media tempatan.
Proses penyediaan dan pembuatan piza oleh kakitangan CBTL sebelum diperkenalkan kepada pelanggan.
Proses penyediaan dan pembuatan piza oleh kakitangan CBTL sebelum diperkenalkan kepada pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA