CBTL perkenal hamper biskut Hari Raya

CBTL perkenal hamper biskut Hari Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) telah memperkenalkan hamper biskut Hari Raya, sesuai sebagai hadiah kepada keluarga, rakan-rakan dan klien korporat, yang boleh didapati di kebanyakan cawangannya sehingga 7 Julai depan.

Menurut kenyataan CBTL, terdapat tiga jenis hamper ditawarkan iaitu Deluxe, Premium dan Luxury, dengan Hamper Delux merangkumi biskut-biskut edisi khas Hari Raya, enam tin minuman Café Latte atau Mocha Latte dan paket raya edisi terhad.

Hamper Premium pula termasuk dua kotak biskut edisi khas Hari Raya, enam tin minuman Café Latte atau Mocha Latte, satu teh CBTL, satu koleh CBTL dan paket raya edisi terhad.

Manakala itu, hamper Luxury diisi dengan dua kotak biskut edisi khas Hari Raya, pilihan dua teh CBTL, satu cawan panas dengan penutup, lapan tin minuman Café Latte atau Mocha Latte dan satu koleh CBTL.

Di samping itu, pelanggan juga boleh memilih salah satu daripada dua jenis biskut buatan mereka iaitu Chocolate cookies dan Cherry cookies.

Antara biskut yang terdapat di dalam hamper edisi khas Hari Raya CBTL tersebut.
Antara biskut yang terdapat di dalam hamper edisi khas Hari Raya CBTL tersebut.

Pengurus Pemasaran CBTL, Awangku Addeni bin Pengiran Tajuddin dipetik sebagai berkata, “Pelancaran hamper-hamper dan biskut Raya CBTL adalah cara kami meraikan hubungan kami dengan rakan-rakan dan pelanggan.

“Kami menghargai sokongan yang mereka berikan sepanjang tahun-tahun sebelumnya.”

Beliau menambah, acara ini memberi peluang kepada mereka untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan dengan memberikan produk-produk yang sangat premium seperti teh berkualiti tinggi mereka, teh terbaik dari Sri Lanka, Jepun, China, Kenya, India dan Thailand, biskut buatan sendiri dan latte segera yang popular.

ARTIKEL YANG SAMA