CBTL perkenal minuman tin terbaru

CBTL perkenal minuman tin terbaru

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) kini memperkenalkan tiga jenis minuman teh sparkling dalam tin yang direka lebih tinggi dan langsing.

Minuman teh sparkling tersebut dihasilkan dengan ekstrak teh hitam premium yang boleh didapati dalam tiga perisa buah-buahan iaitu epal, beri dan lemon dalam tin 325ml.

Manakala itu, bagi penggemar kopi pula, CBTL turut memperkenalkan kopi sparkling segera juga dalam tiga perisa iaitu Café Latte, Mocha Latte dan Caramel Latte.

Minuman keluaran CBTL itu boleh didapati di kesemua cawangannya, di Freshco dan cawangan Supa Save di Mabohai, Beribi dan Seria.

Minuman teh sparkling segera dari The Coffee Bean & Tea Leaf.
Minuman teh sparkling segera dari The Coffee Bean & Tea Leaf.

ARTIKEL YANG SAMA