CBTL perkenal piza baru

CBTL perkenal piza baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), hari ini, telah memperkenalkan ‘Pizza Parade CBTL’ yang menawarkan tiga jenis piza berperisa manis iaitu Caramelized Apple Pizza, ‘Choco Banana Pizza’ dan ‘Volcano Pizza’.

‘Caramelized Apple Pizza’ memberikan gabungan rasa epal dan buah-buahan lainnya seperti strawberi, anggur dan kiwi yang disalut dengan keju.

Manakala itu, ‘Choco Banana Pizza’ pula mempunyai topping gabungan mentega kacang dengan kacang almond dan potongan buah pisang yang disalut dengan coklat.

Tiga jenis piza baru yang diperkenalkan di cawangan CBTL Beribi dan Seria.
Tiga jenis piza baru yang diperkenalkan di cawangan CBTL Beribi dan Seria.

CBTL turut memperkenalkan ‘Volcano Pizza’, yang seperti namanya, mempunyai berbentuk seperti gunung dan mempunyai pelbagai kejutan rasa daging di dalamnya. Sesuai dengan nama Volcano Pizza juga, hidangan ini mempunyai rasa yang mempunyai bahan dan sos yang dirahsiakan.

Kesemua piza tersebut boleh didapati bermula hari ini hanya di cawangan CBTL Beribi dan Seria.

ARTIKEL YANG SAMA