CBTL rai 14 hari istimewa

CBTL rai 14 hari istimewa

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-14, Coffee Bean & Tea Leaf Brunei (CBTL) kini mengadakan sambutan menarik bertema ‘14 Years.14 Days of Celebration’ bagi para pelanggannya.

Promosi yang telah bermula kelmarin sehingga 23 Ogos ini merupakan salah satu usaha CBTL Brunei dalam memberikan penghargaan dan tanda terima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia di negara ini, sejak pembukaan CBTL Brunei pada 10 Ogos 2001.

Setelah 14 tahun bertapak di negara ini, CBTL Brunei kini semakin berkembang maju dengan 12 cawangan termasuklah pembukaan yang terbaru pada Julai lalu, di Supa Save, Beribi.

Dengan sambutan ini, pelanggan boleh menikmati produk-produk CBTL Brunei sepanjang 14 hari dengan tawaran-tawaran harga dan aktiviti menarik.

Pada hari kedua sambutan, hari ini, 14 pelanggan pertama di kesemua cawangan CBTL Brunei diberikan peluang untuk mencuba minuman terbaru iaitu Vanilla Bean Ice Blended.

Kakitangan Coffee Bean menunjukkan kek cawan percuma mereka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-14.
Kakitangan Coffee Bean menunjukkan kek cawan percuma mereka sempena Sambutan Ulang Tahun ke-14.

Sementara itu, esok, pelanggan berpeluang menikmati kopi ulang tahun istimewa pada harga $1 secawan dan pada hari keempat, pelanggan yang memuat naik gambar-gambar kenangan di CBTL Brunei pada tahun 2001-2015 ke akaun Instagram dengan hashtag #tb2001_2015 dan #coffeebean_brunei akan dapat menikmati minuman pada harga kurang $2.

Pada 14 Ogos pula, pelanggan yang menggunakan Royal Sky Miles dengan pembelian minimum $14 akan mendapat dua kali ganda mata ganjaran dan bagi mana-mana pelanggan yang menyambut hari jadi pada 15 Julai, akan diberikan kek jika mereka berkunjung ke CBTL pada 15 Ogos.

CBTL Brunei juga akan menawarkan diskaun 14 peratus untuk semua makanan, minuman dan produk barangan pada 16 Ogos, manakala pada hari kelapan, pelanggan yang berkongsi cerita dan kenangan mereka di CBTL dengan hashtag # tb2001_2015 dan #coffeebean_brunei di akaun Instagram dan digelar juara akan mendapat bekalan 14 ice blended kecil secara percuma.

Pada 18 Ogos pula, pelanggan yang menyambut hari jadi di bulan Ogos akan mendapat minuman ice blended kecil secara percuma bagi mana-mana pembelian minuman regular.

Di hari ke-10, CBTL Brunei memperkenalkan kembali minuman ice blended saiz kanak-kanak dengan harga istimewa di ke semua cawangan dan keesokan harinya pula, 20 Ogos, pemegang kad D*Card dan DST akan dapat menerima diskaun sebanyak 28 peratus bagi pembelian makanan dan minuman.

Manakala itu, pelanggan yang memakai pakaian berwarna ungu di mana-mana cawangan pada hari ke-12 akan mendapat diskaun $1 bagi pembelian ice blended, dan pada hari ke-13, CBTL Brunei akan mengadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kana di cawangan The Mall, Gadong dan tiga pemenang teratas akan membawa pulang hamper produk Coffee Bean bernilai $100, $50 dan $30. Pada hari terakhir, pelanggan berpeluang menikmati minuman dengan mendapatkan Upsize secara percuma sepanjang hari itu.

Bagi pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut, ikutilah akaun Instagram (@coffeebean_brunei) dan Facebook (www.facebook.com/thecoffeebeanbrunei).

ARTIKEL YANG SAMA