CBTL sokong Hari AMBD 2015

CBTL sokong Hari AMBD 2015

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Par Food & Beverage Sdn Bhd tidak ketinggalan dalam menyokong Hari AMBD 2015 dengan menganjurkan kelas Teh semasa sambutan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada 30 Mei lalu.

Sesi yang diadakan secara percuma dari 8 pagi hingga 5 petang itu dibukakan untuk orang ramai di bawah inisiatif Caring Cup sebagai salah satu teras utama di Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dalam konsep tanggungjawab sosial korporat mereka.

Kelas bermula dengan kategori pembuatan teh asas yang biasanya digunakan untuk teh hijau, oolong dan hitam.

Kesemua teh ini dihasilkan daripada tanaman yang digelar Camellia sinensis. Beribu-ribu jenis teh boleh didapati di dunia ini, yang dibezakan mengikut wilayah ia ditanam, masa dipetik dan proses pembuatannya.

pg03_150602_c

Pengunjung mengambil bahagian dalam mencuba merasa teh yang disediakan dan mengikuti kuiz berhadiah.
Pengunjung mengambil bahagian dalam mencuba merasa teh yang disediakan dan mengikuti kuiz berhadiah.

Para pengunjung turut diberi sedikit sebanyak taklimat mengenai kepentingan teh, yang mana teh CBTL didatangkan dari seluruh dunia dan disediakan di dalam salah satu kategori teh iaitu hijau, oolong dan hitam.

CBTL juga menawarkan teh seduhan herba dan teh campuran buah-buahan, yang mana setiap teh mempunyai ciri-ciri tersendiri termasuk rasa dan faedah kesihatan yang berlainan.

Pengunjung turut diberi peluang untuk mencuba sendiri pembuatan teh asas seperti penyediaan, pengukuran bahan teh ke dalam cawan yang betul dan tempoh masa untuk dikisar.

Pada akhir sesi itu, para peserta diberi soalan kuiz dengan pengunjung yang berjaya menjawab dengan betul membawa pulang hadiah daripada CBTL.

ARTIKEL YANG SAMA