CBTL tawar diskaun 25 peratus

CBTL tawar diskaun 25 peratus

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Bermula kelmarin, pelanggan cawangan hibrid Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) di Supasave Mata-mata dan Supasave Seria, berpeluang mendapatkan potongan harga 25 peratus bagi makanan dan minuman sehingga akhir bulan Ramadan ini.

Diskaun berkenaan hanya ditawarkan bagi hidangan makanan dan minuman yang tidak termasuk dalam harga promosi dan dengan pembelian minimum $50.

Pengurus Pemasaran, Awangku Addeni bin Pengiran Tajuddin berkata cawangan hibrid sebagai salah sebuah cawangan popular mereka dan dengan potongan harga berkenaan, memberi peluang kepada pelanggan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara hidangan istimewa yang terdapat di cawangan hibrid CBTL Supasave Mata-mata dan juga Supasave Seria.
Antara hidangan istimewa yang terdapat di cawangan hibrid CBTL Supasave Mata-mata dan juga Supasave Seria.

pg12_160624_b

“Cuma tinggal beberapa minggu lagi Ramadan, kami ingin memberi lebih kepada pelanggan dengan promosi di bawah ‘Happy Sungkai Special’ untuk menikmati pelbagai hidangan istimewa daripada CBTL semasa Ramadan ini,” ujarnya.

Tambahan lagi, CBTL akan melancarkan promosi istimewa bagi mesin kopi CBTL, Kaldi Blue/Silver pada 27 Jun ini nanti, yang bukan sahaja ditawarkan pada harga promosi malah pelanggan yang membeli CBTL Kaldi semasa promosi dijalankan akan menerima sekotak teh CBTL Tropical Passion dan layak untuk membeli CBTL Capsule, CBTL Face Plate dan Frother pada harga diskaun.

ARTIKEL YANG SAMA