CCHM rai ulang tahun ke-2

CCHM rai ulang tahun ke-2

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Dalam menyemarakkan Maulidur Rasul bagi tahun 1437H, keluarga yang menamakan diri mereka sebagai Cucu Cicit Haji Metali (CCHM), petang tadi telah mengadakan majlis sambutan yang juga diselajurkan dengan Sambutan Ulang Tahun CCHM ke-2.

Majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Dakwah Islamiah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Tahlil, dan diteruskan lagi dengan persembahan berzanji oleh Dr. Hajah Rogayah binti BPKDP Haji Sirat.

Yang Di-Pertua CCHM, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapannya menjelaskan, antara perancangan pada masa hadapan bagi keluarga CCHM ialah projek dalam bidang pendidikan, keagamaan, kesukanan, kebudayaan dan sebagainya.

Haji Abu Bakar semasa menyampaikan ucapan.
Haji Abu Bakar semasa menyampaikan ucapan.
Antara mereka yang hadir.
Antara mereka yang hadir.
Salah satu persembahan yang diadakan pada majlis tersebut.
Salah satu persembahan yang diadakan pada majlis tersebut.

Dengan perancangan projek-projek ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara kaum keluarga CCHM di samping memupuk sifat kekeluargaan bagi generasi yang akan datang.

Di samping itu, beliau juga merancang untuk membuat salasilah keluarga CCHM bermula dari awal lagi sehingga cucu-cicit CCHM.

Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan nasyid kanak-kanak daripada keluarga CCHM serta Dikir Marhaban dan diakhiri dengan doa kesyukuran.

ARTIKEL YANG SAMA