CDM POWERKad dilancar

CDM POWERKad dilancar

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – DSTINCOMM telah melancarkan Mesin Deposit Tunai (CDM) khas bagi pembelian prabayar elektrik di DST cawangan Tanjung Bunut, hari ini.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Hasil, Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Awang Mohd Amir Sharifuddin bin Haji Ali. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.

DSTINCOMM dalam kenyataannya menyatakan bahawa mesin tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusannya selaku pengedar eksklusif POWERKad dalam menyediakan satu lagi kemudahan kepada pengguna Meter Prabayar Elektrik untuk membeli token secara tunai.

Mesin ini beroperasi 24/7 dan denominasi tersedia daripada $1 hingga $400.

Awang Mohd Amir Sharifuddin ketika merasmikan pelancaran CDM bagi pembelian prabayar elektrik.
Awang Mohd Amir Sharifuddin ketika merasmikan pelancaran CDM bagi pembelian prabayar elektrik.

Sebelum ini, CDM seumpamanya hanya boleh didapati di Ibu Pejabat JPE di Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas dan Cawangan JPE Seria.

DSTINCOMM turut menyediakan kaedah lain bagi pembelian token elektrik seperti melalui perkhidmatan SMS Premium 8885555 untuk denominasi $5, $6, $10 dan $20 tetapi terhad bagi pengguna DST Easi sahaja.

Selain itu, pelanggan juga boleh membuat pembelian melalui laman sesawang www.incomm.com.bn untuk denominasi $6, $10, $20, $30, $50, $100, $118, $200, $300 dan $400.

Untuk maklumat lanjut mengenai Token Elektrik Meter Prabayar, pengguna boleh menghantar e-mel kepada customerservice@incomm.com.bn atau menghubungi DST 151.

ARTIKEL YANG SAMA