Cech beri impak besar

Cech beri impak besar

LONDON, 19 Jan – Penyerang Arsenal, Theo Walcott percaya kehadiran Petr Cech di Stadium Emirates bakal memberi impak besar terhadap prospek gelaran buat The Gunners.

Ketandusan penjaga gol bertaraf tinggi dikhabarkan menjadi antara punca utama kegagalan barisan Arsene Wenger untuk muncul juara sejak 2004.

Namun, kehadiran Cech dari kelab seteru Chelsea, membawa erti besar dalam pemburuan itu dan penjaga gol berpengalaman itu berjaya menafikan beberapa percubaan ketika terikat tanpa jaringan dengan Stoke minggu lalu yang mana membawa Arsenal kembali berada di carta teratas liga.

“Kekuatan mental dalam bilik persalinan adalah yang terkuat daripada sebelum ini,” kata Walcott. “Apabila kamu mempunyai pemain seperti Peter Cech menyertai pasukan, dia meningkatkan pasukan. Dia seorang ketua.

Walcott percaya kehadiran Petr Cech (gambar) memberi impak besar kepada kembara Gunners mengejar gelaran Liga perdana musim ini. - Reuters
Walcott percaya kehadiran Petr Cech (gambar) memberi impak besar kepada kembara Gunners mengejar gelaran Liga perdana musim ini. – Reuters

“Kami hanya perlu melihat kepada dirinya kerana dia sememangnya pemain di tahap tertinggi dan pernah memenangi banyak kejohanan. Sekiranya kami mempercayai kemampuannya, kami boleh terus berusaha.”

Arsenal mendahului carta liga daripada Leicester City menerusi kelebihan jaringan gol dan pemain kebangsaan England, Walcott berkata, pertarungan gelaran juara terus meningkat dan mendebarkan.

“Anda tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku, ia sangat sengit. Dengan jumlah pasukan yang mampu untuk menjuarai liga ini bertambah, boleh jadi ia adalah Liga Perdana Inggeris yang paling menarik sekali,” katanya.

“Tidak ada seorang pun yang mampu meramalkannya tetapi kami berada di puncak carta dan kami boleh berbangga dengan pencapaian itu ketika ini.” – AFP