Cech buat penampilan pertama buat The Gunners

Cech buat penampilan pertama buat The Gunners

SINGAPURA, 9 Julai (AFP) – Penjaga gol Petr Cech mungkin membuat penampilan pertama bersama kelab barunya Arsenal di Singapura minggu depan selepas hari ini disenaraikan dalam skuad 27 pemain Arsene Wenger untuk Trofi Barclays Asia.

Pemain antarabangsa Republik Czech berusia 33 tahun itu menyertai Arsenal bulan lalu dengan ‘kontrak jangka panjang tanpa pendedahan bayaran’ dari juara Liga Perdana Chelsea selepas lebih daripada sedekad di Stamford Bridge.

Beliau adalah antara pemain yang disenaraikan dalam skuad Wenger untuk edisi kejohanan dua setahun itu kali ini yang akan berlangsung di Singapura.

Kelab London utara berdepan pasukan Singapore Select XI di Stadium Nasional pada 15 Julai, manakala rakan Liga Perdana Stoke dan Everton akan berentap dalam perlawanan pertama pada hari yang sama.

Para pemenang akan bertemu pada perlawanan akhir 18 Julai dengan pasukan yang kalah akan bertanding dalam play-off untuk tempat ketiga pada hari yang sama.

Cech akan beraksi untuk Gunners di Singapura minggu depan. – Reuters
Cech akan beraksi untuk Gunners di Singapura minggu depan. – Reuters

Arsenal tanpa penyerang Alexis Sanchez dan penjaga gol David Ospina Colombia berikutan penglibatan mereka dalam Copa America, manakala Serge Gnabry juga sedang berehat selepas menyertai Kejohanan Eropah Bawah-21 bersama Jerman, kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Acara ini kali terakhir diadakan di Hong Kong dua tahun yang lalu di mana Manchester City memenangi trofi selepas menewaskan Sunderland 1-0 pada perlawanan akhir yang turut melibatkan Tottenham Hotspur.

Cech membuat lebih daripada 400 penampilan selama 11 tahun bersama Chelsea, memenangi 13 trofi utama termasuk empat gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA dan Liga Juara-Juara 2012. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik kelab itu pada 2011.

ARTIKEL YANG SAMA