Cech pemain terbaik

Cech pemain terbaik

PRAGUE, 22 Mac – Penjaga gol antarabangsa Republik Czech, Petr Cech (gambar) dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan negara itu buat kali kelapan, semalam.

Pemilihan penjaga gawang berusia 33 tahun berkenaan dibuat menerusi undian jurulatih, pemain dan pegawai kelab di negara itu.

Cech yang sudah mengawal gawang Czech 118 kali sejak penampilan pertamanya pada 2002, menewaskan penyerang Sparta Prague David Lafata, dan perancang Hertha Berlin, Vladimir Darida.

Cech yang kini beraksi bersama Arsenal selepas berpindah dari Chelsea Jun lalu sudah beraksi 400 kali bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu selama 11 tahun di Stamford Bridge. Republik Czech layak beraksi di Euro 2016 dan diundi dalam Kumpulan D bersama Sepanyol, Croatia dan Turki. – AFP

Chelsea v Sunderland - Barclays Premier League