Cech tuah Gunner

Cech tuah Gunner

LONDON, 31 Julai (AFP) – Midfield Arsenal Mathieu Flamini meningkatkan kehangatan menjelang pertemuan Perisai Komuniti Gunners dengan Chelsea Ahad ini apabila berkata juara itu menjadikan mereka ‘pilihan yang bagus’ dengan menjual Petr Cech.

Penjaga gol dari Czech itu menamatkan 11 tahun di Stamford Bridge selepas berpindah ke Emirates bulan lalu dengan yuran 10 juta pound (AS$15.6 juta).

“Saya terkejut dengan Jose Mourinho kerana dia tidak suka melakukannya,” Flamini memberitahu media British semalam.

“Dia (Mourinho) adalah seorang pesaing dan biasanya tidak suka menjual mana–mana pemain kepada musuh ketatnya tetapi bagus bagi kami dan sekarang kami perlu menggunakan kelebihan itu. Ia adalah pembelian berprofil tinggi. Sebab itu kami bernasib baik,” tambah midfield Perancis itu.

Cech, 33, dibenarkan berpindah dari barat ke utara London – biarpun keengganan Mourinho untuk melepaskannya – selepas kehilangan tempat dalam pasukan Chelsea kepada pemain antarabangsa dari Belgium Thibout Courtois.

Petr Cech (dua kiri) menangkap bola semasa aksi pra musim Arsenal menentang Wolfsburg di Stadium Emirates 26 Julai lalu. – AFP
Petr Cech (dua kiri) menangkap bola semasa aksi pra musim Arsenal menentang Wolfsburg di Stadium Emirates 26 Julai lalu. – AFP

Dan Cech, yang membuat hampir 500 kemunculan bersama Chelsea, akan menghadapi tugasan getir menentang bekas kelabnya buat kali pertama di Wembley Ahad ini.

Arsenal, yang menamatkan tangga ketiga Liga Perdana musim lalu, ketinggalan 12 mata di belakang juara Chelsea, menghadapi ujian awal keupayaan gelaran mereka untuk musim akan datang, tetapi Flamini, 31, percayai pemerolehan Cech itu adalah penting.

“Ia penting. Bukan hanya kerana kualitinya tetapi juga bagi sifatnya. Apabila anda beraksi di peringkat teratas, ketua di atas padang membuat perbezaan,” tambah Flamini.