Cef British menang kafe terbaik di Perancis

Cef British menang kafe terbaik di Perancis

PERANCIS – Sebuah kafe kecil yang terletak di kawasan perkampungan dan diusahakan oleh seorang cef British telah dinamakan sebagai sebuah kafe terbaik di perkampungan di Perancis.

Cef tersebut dikenali sebagai Chris Wright dan berasal dari Manchester. Beliau telah menubuhkan Café Epicerie de Dienne di sebuah kawasan perkampungan terpencil di rantau Cantal iaitu kawasan pergunungan tengah Perancis pada bulan Jun yang lalu.

Kafe di kampung yang mempunyai sekitar 200 penduduk dan disebabkan oleh penduduknya yang sedikit, kebanyakan akan berfikir bahawa mereka lebih suka memasak sendiri daripada keluar makan ke kafe ataupun restoran, namun sebaliknya tidak dijangka.

“Saya mahu ia menjadi satu perkara yang biasa-biasa sahaja malah saya mahu mengekalkan satu suasana yang sederhana namun bernilai,” kata cef tersebut yang mana ketika ini sudah berusia 44 tahun. Sebelum ini cef tersebut telah menghabiskan masanya selama satu dekad berkhidmat di Le Timbre yang menyediakan pelbagai menu istimewa Perancis.

“Sebenarnya jika dilihat dari sudut pandang sendiri, ia merupakan satu bencana dan memaparkan satu keadaan yang tidak senang. Saya berharap untuk menenangkan diri dengan tempat dan lokasi yang aman, tenang dan semula jadi malah saya juga dengan senang akan memperolehi keju dan ham segar,” tambah Chris kepada wartawan AFP. “Saya seperti seorang yang gagal di sini,” tambahnya lagi.

Pasar raya British, Marks & Spencer yang sememangnya terkenal sebagai sebuah pusat terbaik untuk membawa makanan yang berkualiti di ibu negara Perancis. – AFP
Pasar raya British, Marks & Spencer yang sememangnya terkenal sebagai sebuah pusat terbaik untuk membawa makanan yang berkualiti di ibu negara Perancis. – AFP
Kafe tersebut terletak di kawasan perkampungan yang hanya mempunyai sekitar 200 penduduk.
Kafe tersebut terletak di kawasan perkampungan yang hanya mempunyai sekitar 200 penduduk.

Namun pembukaan kafe tersebut telah tersebar dengan begitu luas dan cepat terutama sekali di sekitar Taman Wilayah Auvergne iaitu sebuah taman gunung berapi di mana terletak berdekatan dengan kawasan perkampungan. Kebanyakan penduduk tertanya-tanya siapakah cef yang baru sahaja membuka kafe tersebut dan boleh memasak hidangan yang enak. “Pada pertengahan bulan Julai yang lalu, akibat daripada respons dan penerimaan yang hebat daripada penduduk, saya terpaksa mendapatkan sedikit bantuan,” kata Chris sebelum beliau menerima hadiah dari organisasi panduan dan makanan restoran bergaya di Perancis, Le Fooding.

Marks & Spencer

Kemenangan yang tidak dijangka itu membuatkan Chris Wright seakan-akan tidak percaya apatah lagi antara pencalonan ialah sebuah rangkaian pasar raya British, Marks & Spencer yang sememangnya terkenal sebagai pusat terbaik untuk membawa makanan yang berkualiti di ibu negara Perancis.

Penduduk Perancis sudah sinonim dengan rangkaian pusat perniagaan itu malah sentiasa menjalinkan hubungan yang terbaik dengan para pengguna namun rangkaian itu telah ditarik keluar dari Perancis pada tahun 2001 dan telah mencetuskan beberapa seri bantahan yang mencemaskan.

Namun setelah lima tahun peristiwa itu berlaku, Mark & Spencers kini mempunyai sekitar 18 cawangan yang mana kebanyakannya menjual makanan di dalam dan sekitar ibu negara Perancis.

Organisasi Le Fooding telah memilih beberapa pencalonan yang diertikan seperti, “Quinoa, Avocado dan Kacang Salad dari Brazil, Skon Devon serta ‘Sayur Kiev’ yang telah mendapat pujian yang baik. Chris Wright telah terpilih menjadi salah satu daripada beberapa orang cef asing yang dihormati dan diberikan pujian hebat dan beberapa cef terkenal daripada Itali seperti Giovanni Passerini telah meletakkan Chris sebagai ‘Chef of The Year’ melalui hidangan beliau yang enak dan lazat, ‘Modern Trattoria’ di Paris.

Jambangan bunga diletakkan di depan sebuah restoran yang diserang oleh pihak pengganas tidak lama lalu, peristiwa itu masih segar di ingatan segelintir penduduk Perancis. – AFP
Jambangan bunga diletakkan di depan sebuah restoran yang diserang oleh pihak pengganas tidak lama lalu, peristiwa itu masih segar di ingatan segelintir penduduk Perancis. – AFP

Organisasi tersebut juga terkenal sebagai sebuah pertubuhan makanan dengan pendekatan cosmopolitan ‘Unstuffy’ dan turut memperbesarkan serta menyanjung tinggi seorang cef daripada Jepun, Katsuaki Okiyama untuk restoran beliau yang terletak di Paris, Abri and Abri Soba. Penghormatan daripada organisasi tersebut turut diberikan kepada seorang lagi cef dari Jepun iaitu Moko Hirayama melalui hidangan beliau yang terkenal, Mokonuts.

Berbalik kepada Chris Wright, beliau lebih suka untuk menggunakan banyak sayur kubis dan mencampurkannya bersama dengan sosej dan juga keju. Hidangan beliau itu sangat digemari dan terkenal di kafe beliau.

“Penduduk di kampung tersebut sangat baik dan mesra. Ramai dalam kalangan penduduk sudah mengetahui diri saya kerana saya sudah berada di kampung tersebut sejak lapan tahun yang lalu dan saya sangat suka ciri-ciri makanan di sini. Namun tidak semua menyangka saya adalah seorang cef dan beranggapan bahawa saya tidak tahu untuk menyediakan roti paun namun semua itu saya biarkan sahaja berlalu,” tambahnya kepada wartawan AFP.

Chris Wright telah menutup sementara kafe beliau pada musim sejuk dan akan merancang membuka semula kafe tersebut pada bulan Februari tahun depan dan apabila sambutan lebih baik beliau akan terus membukakan kafe tersebut sehinggalah ke bulan Oktober.

“Sama ada saya telah menemui ketenangan di sini itu masih persoalan, dan jika ya, saya akan berpindah di sini namun apa yang pasti, saya tidak menyesal untuk berada di sini, malah saya lebih suka dan terasa sangat senang serta aman,” tambah Chris mengakhiri temu ramah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA