Cef Korea kongsi kemahiran masakan

Cef Korea kongsi kemahiran masakan

BANDAR SERI BEGAWAN, Gadong, 4 Ogos – Bahagian Pendidikan Komuniti (BPK), Institut Pendidikan Teknikal Brunei dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea, telah menganjurkan demonstrasi penyediaan hidangan Korea kepada para tenaga pengajar masakan BPK, di bangunan BPK, hari ini.

Hadir sama semasa aktiviti demonstrasi hidangan itu ialah Ketua Pendidikan Lanjutan, Hajah Erie binti Abdullah dan para pegawai BPK.

Semasa tunjuk cara berkenaan, dua hidangan popular Korea iaitu Naeng Japchae (Cold Japchae) dan Cute Little Kimbab telah ditampilkan oleh seorang cef yang didatangkan khusus dari Korea.

Hidangan Korea sudah lama menjadi salah satu makanan asing yang mendapat perhatian dan tumpuan oleh sebilangan penduduk di negara ini, lebih-lebih lagi negaranya yang kaya dengan pelbagai budaya dan masakan tradisional yang unik.

Cef Korea ketika menerima cenderahati, setelah menunjuk cara dua hidangan popular Korea.
Cef Korea ketika menerima cenderahati, setelah menunjuk cara dua hidangan popular Korea.
Cef Korea bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan warga BPK.
Cef Korea bergambar ramai bersama tenaga pengajar dan warga BPK.

Sehubungan itu, BPK turut merebut peluang untuk memperkenalkan kaedah penyediaan masakan Korea ini kepada para tenaga pengajarnya bagi mendedahkan lebih banyak pengetahuan lagi di samping berkongsi kemahiran dalam masakan Korea.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan di antara kedua-dua buah negara, Negara Brunei Darussalam dan Korea.

ARTIKEL YANG SAMA