Cef Sun buka restoran

Cef Sun buka restoran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Yi Yuan Ting Fine Dining, yang sebelum ini dikenali sebagai Restoran Mpat Laut, kini bakal dimiliki bersama Cef Sun dari Perak yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam beberapa pertandingan sejak penglibatannya dalam dunia cef pada tahun 1988.

Beliau yang dikenali menerusi persembahan hidangan yang kreatif dan menarik, kini membuka restorannya di negara ini yang terletak di Batu Bersurat.

Baru-baru ini, media tempatan telah dijemput menemu bual cef yang tidak asing lagi di kaca TV dan baru saja menamatkan kursus pensijilan Halal di Singapura.

Katanya, perniagaan restoran di negara ini memang mencabar terutamanya mencari pasukan yang sesuai dan bahan-bahan untuk memasak juga susah untuk dicari di sini.

Cef Sun ketika menunjukkan dan menggaulkan Yee Sang yang dibuatnya untuk Tahun Baru Cina. Cef terkenal ini, kini membuka restorannya di sini dinamakan Yi Yuan Ting Fine Dining.
Cef Sun ketika menunjukkan dan menggaulkan Yee Sang yang dibuatnya untuk Tahun Baru Cina. Cef terkenal ini, kini membuka restorannya di sini dinamakan Yi Yuan Ting Fine Dining.

“Namun dengan kreativiti yang ada dapat sedikit sebanyak membantu saya menyahut cabaran tersebut,” ujar Cef Sun.

Antara hidangan menarik dan kreatif yang ditawarkannya ialah Ayam Masam Manis Fruit Tea di atas ais batu, tauhu buatan sendiri dan banyak lagi yang tidak pernah dihidangkan di restoran di negara ini.

ARTIKEL YANG SAMA