Cef Thai pamer kemahiran masakan Thai di Labuan

Cef Thai pamer kemahiran masakan Thai di Labuan

LABUAN, 6 Okt – Cef-cef di Victoria’s Brasserie Grand Dorsett Labuan, restoran yang mendapat persijilan halal, memperoleh peluang keemasan untuk belajar kemahiran masakan Thai daripada cef terkenal Thailand, Cef Sunantha@Suzanne.

Cef yang berasal dari wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand itu, telah mempromosi masakan tradisional Thai di hotel-hotel antarabangsa di Semenanjung Malaysia sejak 10 tahun lalu, termasuk di hotel dan resort milik Berjaya Corporation Berhad dan Hotel Swiss Garden.

Serentak dengan jelajah beliau ke pulau bebas cukai ini, hotel bertaraf lima bintang Grand Dorsett Labuan menganjurkan Promosi Makanan ASEAN selama seminggu, dengan tema Masakan Asli Thai dari 4 hingga 10 Okt ini.

Cef berusia 55 tahun itu yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan profesional, memperkenalkan sekurang-kurangnya 45 jenis sajian popular Thai, termasuk hidangan istimewanya ‘Plat Pat Pek’ dan ‘Hoi Maleng Poo’ sepanjang promosi berlangsung. – Bernama

Chef Sunanda (kiri) dan chef Pom menunjukkan masakan tradisional Thai semasa promosi Makanan Thai di Dorsett Grand Labuan kelmarin. - Bernama
Chef Sunanda (kiri) dan chef Pom menunjukkan masakan tradisional Thai semasa promosi Makanan Thai di Dorsett Grand Labuan kelmarin. – Bernama