Ceferin mahu buat perubahan format

Ceferin mahu buat perubahan format

LONDON, 22 Sept – Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang baru dilantik, Ceferin kelmarin menekankan kepercayaannya bahawa ia tidak mustahil untuk menyekat perubahan-perubahan yang dirancang pada format Liga Juara-Juara.

Badan mentadbir Eropah mengumumkan bulan lepas bahawa England, Sepanyol, Itali dan Jerman kesemuanya akan dijamin akan empat tempat bagi kelab-kelab mereka dalam kejohanan di antara tahun 2018 dan 2021.

Langkah itu dikritik oleh negara-negara Eropah kecil dan meskipun ia telah disahkan oleh majlis eksekutif UEFA, Ceferin mencadangkan perubahan itu mungkin tidak boleh ditetapkan.

Apabila ia dicadangkan kepadanya bahawa ia adalah mustahil untuk mengubah format Liga Juara-Juara sebelum 2021, dia menjawab: “Saya tidak semestinya bersetuju dengan awak, lihat sahaja nanti.

“Sudah tentu ia tidak baik bagi pertubuhan-pertubuhan kecil dan sederhana. Namun Seperti apa yang saya beritahu kamu, ia adalah hari pertama saya kelmarin. Saya perlu memeriksa akan baik dan buruk mengenai keputusan itu.

Ceferin ketika berucap mengenai perkara berkenaan pada pelancaran Euro 2020 di Rome, Itali. - AFP
Ceferin ketika berucap mengenai perkara berkenaan pada pelancaran Euro 2020 di Rome, Itali. – AFP

“Sudah pasti akan ada baik dan buruknya dan saya akan mengkajinya dan membuat tindakan. Semua benda boleh berubah.”

Ceferin bercakap pada majlis pelancaran Euro 2020 di Dewan Bandar London.

Sempena ulang tahun ke-60 kejohanan itu, kejohanan 2020 akan diadakan di seluruh 13 bandar penganjur, dengan separuh akhir dan perlawanan akhir diadakan di kota London.

Ceferin sebelumnya menyifatkan rancangan itu sebagai satu “risiko” dan sementara dia berharap ia akan membuktikan kejayaan, dia berkata UEFA kekal berhati-hati.

“Kami tidak tahu apa yang hendak dijangka daripada titik hasil pendapatan itu, namun lihat saja nanti,” dia memberitahu para wartawan.

“Ia akan menjadi acara yang menarik, ia akan menjadi ulang tahun yang menakjubkan dan saya tidak sabar menantinya.”

Ceferin, peguam Slovenia berusia 48 tahun, menewaskan ketua Pertubuhan Bola Sepak Diraja Belanda, Michael van Praag dengan 42 undian berbalas 13 minggu lepas dalam pilihan raya presiden UEFA. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA