Ceferin sandang jawatan ketua UEFA

Ceferin sandang jawatan ketua UEFA

ATHENS, 14 Sept – Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah melantik presiden baru iaitu ketua bola sepak Slovenia Aleksander Ceferin setelah menjadi pilihan utama untuk mengambil alih jawatan tersebut bagi mengurangkan ketegangan kelab-kelab utama di Eropah.

Ketua Persatuan Bola Sepak Slovenia itu dalam persaingan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Michael van Praag untuk melengkapkan tempoh jawatan lima tahun Platini yang kini menerima penggantungan jawatan empat tahun dari semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh FIFA atas beberapa pelanggaran etika.

Dia memperoleh kemenangan besar apabila menerima undian sebanyak 41 undi berbanding Michael van Praag 13 pada pilihan raya hari ini untuk memimpin persatuan bola serantau paling penting itu.

“Orang percaya saya,” dia memberitahu sidang media apabila ditanya mengenai peningkatannya dalam beberapa bulan kebelakangan dan para penyokongnya. “Tiada siapa dari belakang tabir boleh mendapat 42 undian dari semua rantau Eropah.”

Kebanyakan sokongan itu datang daripada negara-negara kecil Eropah yang merasakan kuasa bola sepak terlalu tertumpu dalam tangan kelab-kelab besar di England, Sepanyol, Jerman dan Itali.

Aleksander Ceferin yang baru sahaja dilantik sebagai ketua badan UEFA bagi menggantikan jawatan yang telah ditinggalkan oleh Michel Platini. – AFP
Aleksander Ceferin yang baru sahaja dilantik sebagai ketua badan UEFA bagi menggantikan jawatan yang telah ditinggalkan oleh Michel Platini. – AFP

Di samping segala pencapaiannya, Ceferin juga dianggap sebagai wira dalam menyatukan bekas republik Yugoslavia dalam 2015 untuk menjadikan mereka bloc politik bola sepak. Ceferin, seorang peguam ternama di negaranya yang tidak begitu diketahui dalam sukan itu sehingga menyertai pilihan raya pada Jun, juga menerima sokongan daripada negara-negara berpengaruh seperti Jerman, Itali dan Perancis.

Dia memberitahu kongres khas di Athens: “Saya tidak berada di sini untuk memberi tekanan terhadap segala negatif di sekeliling kita. Saya tidak mahu hidup dalam empayar ketakutan di aman setiap hari kita bangun dan melihat satu lagi perkara negatif timbul.

“Saya ingin membawa kesemua perkara baik yang UEFA telah lakukan dan apa yang telah kamu lakukan.”

Ceferin yang telah menjadi ketua persatuan bola sepak Slovenia sejak 2011 menambah:
Kita semua letih akan situasi ketika ini dan ingin melihat bagi jangka masa mengenai perkara-perkara positif, mengenai persahabatan dan mengenai bola sepak.”

Terdahulu, FIFA telah memberikan kebenaran khas kepada legenda bola sepak Perancis, Michel Platini untuk berucap pada kongres khas di Athens sebelum pilihan raya dimulakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA