Cegah aktiviti jenayah

Cegah aktiviti jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Dis – Balai Polis Tutong, kelmarin, telah mengadakan rondaan bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau, yang melibatkan seramai 11 orang anggota dari Balai Polis Tutong dan 12 orang ahli Pengawasan Kejiranan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Tahir.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rondaan dibahagikan kepada dua kumpulan dan melibatkan kawasan sekitar sekolah dan kawasan Pantai Danau. Sepanjang rondaan, tidak didapati sebarang aktiviti jenayah dan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

Anggota Balai Polis Tutong bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung tersebut.
Anggota Balai Polis Tutong bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA