Cegah awal sebarang perbuatan ekstremisme

Cegah awal sebarang perbuatan ekstremisme

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kerjasama semua negara dan perkongsian maklumat yang diperlukan pihak berkuasa keselamatan, dapat mencegah lebih awal sebarang bentuk serangan pengganas, terutamanya pengebom bunuh diri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengebom bunuh diri semakin menjadi ancaman besar kerana mereka boleh menyebabkan kerosakan serius serta menyamar sebagai sesiapa sahaja termasuk pelancong, pekerja pejabat, orang awam, pekerja kilang, pelajar dan pendakwah.

“Bahan yang digunakan mereka untuk membuat bom, boleh diperoleh dari persekitaran, tempat mereka merancang untuk menyerang.

“Manual untuk membuat bahan letupan yang boleh membawa maut juga boleh didapati secara dalam talian,” katanya pada majlis pelancaran Persidangan Antarabangsa Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016, selama dua hari di sini, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA