Cegah jenayah di Kampung Lamunin

Cegah jenayah di Kampung Lamunin

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Anggota polis dari Balai Polis Lamunin dan Pengawasan Kejiranan Kampung Lamunin, Tutong telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan Kampung Lamunin, kelmarin, selama dua jam bermula 10 malam.

Rondaan yang diketuai oleh Inspektor Muhammad Adzimin bin Haji Ibrahim itu turut disertai sama oleh Ketua Kampung Lamunin, Mejar (B) Mohd Said bin Haji Tinggal. Sebelum rondaan, taklimat mengenai situasi jenayah kampung tersebut juga telah diadakan dengan menerangkan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh ahli pengawasan kejiranan semasa membuat rondaan. Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei sangat mengalu-alukan orang ramai untuk melibatkan diri dalam Pengawasan Kejiranan di kampung masing-masing bagi sama-sama membantu menjadikan kampung mereka bebas daripada jenayah dan menjadikan rumah mereka selamat untuk didiami.

Borang keahlian Pengawasan Kejiranan boleh diperolehi melalui Ketua Kampung di kawasan masing-masing.

Antara anggota polis bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lamunin yang ikut serta dalam rondaan cegah jenayah itu.
Antara anggota polis bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Lamunin yang ikut serta dalam rondaan cegah jenayah itu.

ARTIKEL YANG SAMA