Cegah jenayah di Mukim Labi

Cegah jenayah di Mukim Labi

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 16 Nov – Anggota Pasukan Balai Polis Labi bersama Ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Labi 1, malam tadi, terus mempergiatkan Operasi Pencegahan Jenayah di sekitar Mukim Labi untuk menjaga keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan yang diterima, operasi rondaan menggunakan kereta itu diketuai oleh Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Labi, Staf Sarjan Zanidi bin Haji Lamat dan disertai sama Ketua Kampung Labi 1 merangkap Pemangku Penghulu Mukim Labi, Awang Hanafi bin Mohd Siput.

Operasi selama tiga jam itu turut melibatkan rondaan ke kawasan Bukit Puan hingga ke Pos Polis Kampung Bukit Teraja, salah sebuah tempat kawalan sempadan dengan negara jiran Merudi Baram Malaysia, dan anggota polis yang ditugaskan di pos kawalan tersebut adalah Polis Hutan Cawangan RU Kompeni ‘C’.

Sepanjang rondaan dibuat, tidak ada sebarang aktiviti jenayah dikesan.

Antara anggota yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di Mukim Labi 1 malam kelmarin.
Antara anggota yang terlibat dalam Operasi Pencegahan Jenayah di Mukim Labi 1 malam kelmarin.