Cegah jenayah di RPN Panaga

Cegah jenayah di RPN Panaga

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 25 Mac – Seramai 10 orang anggota Balai Polis Seria bersama 15 orang ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, malam tadi, telah menjalankan rondaan operasi mencegah jenayah di sekitar kawasan Perumahan, Jalan Teripas, Jalan Kalajiau, Jalan Puragam dan Jalan Keruak di RPN berkenaan.

Rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan itu diketuai Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, P/ASP Mohd Zulhelmi Azmi bin Dato Paduka Haji Abdul Aziz dan turut disertai Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Seria P/ASP Haji Mohd Helmi bin Haji Abdullah serta Sjn 2694 Zamri bin Haji Buang dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Seria.

Turut menyertai operasi ialah Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Panaga, Awang Zaleha bin Lahap.

Sepanjang rondaan bermula jam 9 malam hingga 11 malam itu, tidak ada sebarang aktiviti jenayah didapati.

Gambar ramai anggota Balai Polis Seria dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga sebelum menjalankan rondaan.
Gambar ramai anggota Balai Polis Seria dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga sebelum menjalankan rondaan.

pg06_160326_b

ARTIKEL YANG SAMA