Cegah jenayah di sekitar Mukim Amo

Cegah jenayah di sekitar Mukim Amo

TEMBURONG, 5 Sept – Daerah Polis Temburong telah menjalankan operasi pencegahan jenayah yang melibatkan anggota dari Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar dan Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, di sekitar kampung-kampung Mukim Amo baru-baru ini.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj turut disertai ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Selangan/Parit/Sibulu dan Biang Baru.

Turut menyertai aktiviti tersebut ialah Penghulu Mukim Amo, selaku Penasihat PK, Haji Bahrun Bin Haji Talip, dan Ketua Kampung Selangan selaku Pengerusi PK Selangan/Parit/Sibulu/Biang Baru, Awang Dulamit bin Haji Burot.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, sepanjang rondaan dijalankan menggunakan kenderaan dan berjalan kaki tiada ditemui sebarang kegiatan yang mencurigakan di sekitar kampung berkenaan.

Gambar ramai Unit Pengawasan Kejiranan Daerah Polis Temburong dengan ahli-ahli PK Selangan/Parit/Sibulu/Biang Baru yang menyertai rondaan berkenaan.
Gambar ramai Unit Pengawasan Kejiranan Daerah Polis Temburong dengan ahli-ahli PK Selangan/Parit/Sibulu/Biang Baru yang menyertai rondaan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA