Cegah jenayah kawasan Kampung Puni

Cegah jenayah kawasan Kampung Puni

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Ogos – Daerah Polis Temburong, baru-baru ini, telah menjalankan operasi pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Puni di kawasan persekitaran kampung berkenaan.

Operasi berjalan kaki dan menggunakan kenderaan itu diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, ASP Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah bin Pengiran Anak Ismail Al-Haj.

Menyertai dalam operasi tersebut ialah Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin selaku Penasihat PK dan Ketua Kampung Belingus dan Pemangku Ketua Kampung Puni, Haji Sulaiman bin Haji Ahad selaku Pengerusi PK Puni.

Gambar ramai bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni.
Gambar ramai bersama Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Puni.

ARTIKEL YANG SAMA