Cegah kegiatan jenayah

Cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Daerah Polis Temburong, malam tadi, telah menjalankan operasi pencegahan jenayah yang melibatkan enam anggota Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar dan tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Amo yang berkumpul di Pos Polis Mukim Amo.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebelum operasi, taklimat ringkas mengenai situasi jenayah di Kampung Amo telah disampaikan oleh ketua operasi Penolong Pegawai Penguasa Balai Polis Bangar, Inspektor Renynold @ Daniell Chin. Turut serta semasa operasi tersebut ialah Ketua Kampung Amo, Awang Hujan Anak Muit yang juga selaku Pengerusi Pengawasan Kejiranan Kampung Amo.

Operasi menyasarkan sekitar kawasan Rumah Panjang Kampung Amo B, Rumah Panjang Kampung Batang Duri, kawasan jeti penurunan perahu Kampung Batang Duri, kawasan jalan menuju ke Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Kampung Batang Duri, sekitar Taman Batang Duri, Temburong, kawasan Balai Raya Mukim Amo, menuju ke jalan Perkuburan Orang Iban Kampung Amo, kawasan Kampung Amo A, dan sekitar kawasan Rumah Panjang Kampung Amo C,

Tiada kesalahan ditemui semasa rondaan yang bermula pada pukul 8 hingga 10 malam itu.

Antara yang menyertai operasi pencegahan jenayah di Mukim Amo, Daerah Temburong.
Antara yang menyertai operasi pencegahan jenayah di Mukim Amo, Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA