Cegah kegiatan jenayah

Cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Balai Polis Sengkurong, malam tadi, telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Mulaut yang melibatkan rondaan kawasan-kawasan di bawah Mukim Sengkurong.

Rondaan yang bermula pukul 8:15 malam hingga 10 malam itu telah melibatkan seramai 10 orang ahli Pengawasan Kejiranan dan 12 orang anggota Balai Polis Sengkurong dan Skuad Tindakan Segera yang berkumpul di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Kampung Mulaut, sebelum memulakan rondaan.

Hadir sama ialah Pemangku Pegawai Penguasa Balai Polis Sengkurong Inspektor Abdul Sahrimin bin Abdul Rahman dan Ketua Kampung Mulaut,  Haji Mohammad Jait bin Hitam @ Zaeed.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rondaan telah dibahagikan kepada empat sektor dengan Sektor 1 merangkumi sekitar Kampung Mulaut, Jalan Limpaki, Jalan Lubuk Sigurun, Kampung Pasai 1 dan 2, Jalan Ban 1 hingga 6 dan Jalan Bunga Merah, dan Sektor 2 di Kampung Tanjung Nangka, Kampung Kulapis, Kampung Lugu/Katimahar, Kampung Bukit Panjang dan Jalan Langir.

Sektor 3 pula melibatkan Sengkurong A dan B, Kampung Tagap, Kampung Pinajau dan Kampung Bunut Kanan, manakala itu, Sektor 4 sekitar Kampung Jerudong dan Kampung Kubu Pulau Taman Permainan Jerudong.

Menurut kenyataan itu, empat buah kereta dan 10 orang telah ditahan dan diperiksa dalam rondaan berkenaan, bagaimanapun tiada kesalahan didapati.

Gambar ramai bersama yang terlibat semasa operasi tersebut.
Gambar ramai bersama yang terlibat semasa operasi tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA