Cegah kegiatan jenayah

Cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Daerah Polis Temburong baru-baru ini telah menjalankan operasi pencegahan jenayah, melibatkan 10 anggota Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Bangar, dan Ibu Pejabat Daerah Polis Temburong, diketuai oleh Pegawai Penyelia Detektif Ibu Pejabat Daerah Polis, Temburong, Inspektor Percubaan Pengiran Muhammad Adib bin Pengiran Haji Kamaruddin.

Turut serta dalam operasi pada malam 8 Mac lalu itu ialah tiga orang ahli Pengawasan Kejiranan (PK), Kampung Labu Estate, seorang ahli dari PK Kampung Piasau-Piasau serta Penasihat PK Mukim Labu selaku Pengerusi PK Piasau-Piasau, Haji Abdurahman bin Haji Nasir dan Pengerusi PK Labu Estate, Haji Suliman bin Haji Nasir.

Operasi rondaan berjalan kaki dan menggunakan kenderaan digiatkan lagi di kawasan PK di Kampung Labu Estate, Kawasan Taman Rekreasi Bukit Patoi, Kawasan letak kereta Perkuburan Islam Labu, kawasan Tapak Projek Pembinaan Jambatan Temburong, kawasan Kampung Senukoh dan kawasan Kampung Piasau-Piasau.

Dalam masa yang sama, operasi sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan juga dibuat di Jalan Labu. Tiada kegiatan yang mencurigakan didapati disepanjang rondaan dijalankan. Operasi tamat pada jam 11:15 malam.

Antara kegiatan yang dilakukan operasi itu dijalankan.
Antara kegiatan yang dilakukan operasi itu dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA