Cegah kegiatan jenayah

Cegah kegiatan jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 17 April – Bagi meningkatkan keselamatan penduduk Kampung Bukit Beruang, seramai 61 orang anggota Daerah Polis Tutong dan 10 orang ahli Pengawasan Kejiranan Bukit Beruang Tutong, semalam, telah menjalankan rondaan Pencegahan Jenayah besar-besaran di kawasan Perumahan Negara Bukit Beruang.

Sebelum rondaan dijalankan, taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, DSP Ramzi Hayatina bin Dato Seri Setia Ustaz Haji Ibrahim di Dewan Serba Guna RPN Kampung Bukit Beruang, Tutong.

Taklimat tersebut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt. Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman.

Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Beruang yang mengikuti rondaan pencegahan jenayah semalam.
Ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Beruang yang mengikuti rondaan pencegahan jenayah semalam.

Operasi rondaan secara berjalan kaki dan berkenderaan bermula jam 10 malam itu dilaksanakan di sekitar kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Bukit Beruang dengan dibahagikan kepada lapan zon.

Walau bagaimanapun, tiada kegiatan yang mencurigakan didapati sepanjang rondaan dijalankan yang mana rondaan berakhir tengah malam tadi.

ARTIKEL YANG SAMA