Cegah kegiatan jenayah

Cegah kegiatan jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Balai Polis Pusat, baru-baru ini, telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah bersama Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing dan Pengawasan Kejiranan Kampung Subok, Mukim Kota Batu.

Terdahulu, rondaan yang bermula pukul 10 malam 9 Disember lalu itu telah didahului dengan taklimat situasi jenayah yang diadakan di Masjid Kampung Belimbing Subok.

Rondaan diketuai oleh Pegawai Penguasa Balai Polis Pusat, Penolong Penguasa Polis Haji Naguib bin Dato Paduka Haji Ismail dan turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Haji Kamis, Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim dan Ketua Kampung Subok, Haji Mohd Jais bin Mohd Salleh.

Ia melibatkan seramai 13 orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing dan lima orang ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Subok yang dibantu oleh seramai 17 orang anggota Balai Polis Pusat.

Haji Naguib menyerahkan ves dan Buku Panduan Pengawasan Kejiranan sebelum rondaan.
Haji Naguib menyerahkan ves dan Buku Panduan Pengawasan Kejiranan sebelum rondaan.
Anggota polis bergambar ramai bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing dan Kampung Subok.
Anggota polis bergambar ramai bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Belimbing dan Kampung Subok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, rondaan berjalan kaki itu telah dibahagikan kepada dua kumpulan dengan rondaan kawasan di bawah kampung masing-masing dan diselajurkan dengan penyampaian ves dan Buku Panduan Pengawasan Kejiranan.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Pengawasan Kejiranan di kampung masing-masing dengan mendapatkan borang keahlian di rumah ketua kampung.

Dengan penglibatan ma-syarakat ke arah Pengawasan Kejiranan ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah yang dilaporkan di kampung-kampung.

ARTIKEL YANG SAMA