CEL HK ambil alih lapangan terbang Albania

CEL HK ambil alih lapangan terbang Albania

TIRANA, Albania, 9 Okt – Lapangan Terbang Mother Teresa Tirana, Albania berkata ia telah diambil alih oleh firma pelaburan China Everbright Ltd atau CEL yang berpangkalan di Hong Kong.

Menurut kenyataan pada Jumaat, CEL ‘telah memiliki 100 peratus saham dalam TIA,” namun tiada memberikan butiran selanjutnya mengenainya. Sejak 2005, Lapangan Terbang Tirana telah diuruskan dan dioperasikan oleh konsortium swasta digelar Lapangan terbang Antarabangsa Tirana atau TIA, dengan konsesi 20 tahun yang telah dilanjutkan tahun ini dengan dua tahun sehingga 2027.

TIA telah menyaksikan peningkatan dalam jumlah penumpang dari 600,000 pada 2005 kepada 1.9 juta pada 2015, beroperasi dengan 13 buah penerangan di 26 destinasi. – AP

ARTIKEL YANG SAMA