Celebrity Con...

Celebrity Constellation berlabuh di Sabah

KOTA KINABALU, 16 Feb – Sabah kini semakin popular sebagai destinasi persinggahan kapal persiaran dengan hari ini satu lagi kapal, Celebrity Constellation, berlabuh.

Kapal yang berdaftar di Malta itu membawa 2,170 penumpang dan 950 kru tiba di pelabuhan pada 7 pagi untuk persinggahan selama lapan jam sebelum meneruskan pelayaran ke Singapura.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai yang menyambut ketibaan kapal itu, berkata Celebrity Constellation seberat 91,000 tan tersebut adalah kapal terbesar yang pernah berlabuh di Sabah setakat ini. Sambil mengharapkan Celebrity Constellation menjadikan Sabah satu destinasi persinggahan tetap, Joniston berkata tahun lepas 28 kapal persiaran dengan 23,570 penumpang singgah di negeri ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA