Celine Dion kumpul dana AS$1 juta

PENYANYI terkenal Celine Dion berjaya mengutip sebanyak AS$1 juta untuk dana menerusi konsert amal yang diadakan di Las Vegas.

Menerusi konsert berkenaan, Celine mendendangkan versi baru lagu popularnya berjudul My Heart Will Go On.

Lagu yang pernah menjadi lagu paling popular di dunia itu diberi nafas baharu oleh Dj Steve Aoki.

Celine Dion berjaya mengumpulkan dana bagi mangsa insiden tembakan rambang di Las Vegas.

Celine dan Steve mempersembahkan versi remix lagu berkenaan yang jauh berbeza dengan susunan asal karya itu.

Persembahan Celine menjadi buah mulut peminat yang rata-rata teruja melihat diva itu beraksi lincah persis seorang Dj muzik.

Konsert itu diadakan untuk mengumpul dana bagi mangsa insiden tembakan rambang di Las Vegas tahun ini. – Agensi