Celta, Espanyol sekadar seri 1-1

Celta, Espanyol sekadar seri 1-1

MADRID, 20 April (AP) – Celta Vigo terlepas peluang untuk menghampiri kelompok empat teratas Liga Sepanyol selepas sekadar seri 1-1 dengan Espanyol, awal pagi tadi.

Penyerang, Iago Aspas membuka tirai jaringan buat pasukan pelawat pada minit ke-28 sebelum Espanyol menyamakan kedudukan menerusi penyerang, Marco Asensio pada minit ke-39.

Celta memerlukan kemenangan untuk merapatkan jurang kepada empat mata di belakang penghuni tangga keempat liga, Villareal yang akan berdepan Real Madrid, awal pagi esok.

Pasukan di tangga keempat akan mendapat slot beraksi dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara, musim depan. Keputusan seri itu menyaksikan Celta kekal di tangga keenam, enam mata di belakang Villareal.

Pemain Celta, Gustavo Cabral (kiri) bersaing dengan midfield Espanyol, Marco Asensio dalam aksi La Liga di stadium Cornella-El Prat, Cornella de Llobregat, kelmarin. – AFP
Pemain Celta, Gustavo Cabral (kiri) bersaing dengan midfield Espanyol, Marco Asensio dalam aksi La Liga di stadium Cornella-El Prat, Cornella de Llobregat, kelmarin. – AFP

Sementara itu, Espanyol yang menghuni tangga ke-15 liga jelas lega dengan keputusan seri itu apabila berjaya menjarakkan jurang kepada lapan mata daripada zon penyingkiran.

Celta dan Espanyol masing-masing mempunyai baki empat perlawanan musim ini. Barcelona dan Atletico Madrid berkongsi kedudukan di tangga teratas dengan 76 mata, satu mata di depan Real.

ARTIKEL YANG SAMA