Celtic bergelut capai kemenangan

Celtic bergelut capai kemenangan

GLASGOW, 21 Feb (AFP) – Pengurus pasukan Celtic, Ronny Deila berkata dia bekerja keras untuk mendapatkan keseimbangan dalam pasukannya selepas Hoops mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Inverness Caledonian Thistle semalam.

Pasukan juara itu bergelut untuk mencipta peluang dalam perlawanan separuh masa pertama di Celtic Park sebelum menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-53 menerusi Gary Mackay-Steven.

Penjaring terbanyak, Leigh Griffiths menambah satu lagi gol enam minit kemudian sebelum melengkapkan jaringan pada masa penamat.

Bagaimana pun, perlawanan menjadi menarik ketika pemain gantian Ryan Christie, Scott Allan dan Patrick Roberts di turunkan berikutan gol kedua, dengan tiro midfield penyerang itu menghiburkan penonton tuan rumah dengan permainan yang lebih menarik.

Tetapi ketika memuji sumbangan pemain gantiannya, Deila mahu untuk mengukuhkan pertahanan ketika mereka terus mengekalkan permainan bersih ketiga berturut–turut.

Leigh meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang untuk gol yang kedua dalam perlawanan menentang Inverness Caledonian Thistle. – Reuters
Leigh meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang untuk gol yang kedua dalam perlawanan menentang Inverness Caledonian Thistle. – Reuters

“Ia selalu seimbang di antara banyak perkara. Setiap pasukan yang bagus dibangunkan di atas pertahanan kental. Jika anda terbuka jadi terdapat masalah,” kata pengurus Celtic.

“Kami memiliki pasukan yang bekerja keras. Terdapat mungkin tidak banyak kreativiti dalam kesebelasan utama tetapi anda tahu mereka akan melakukan dengan kerja keras dan ia adalah penting.

“Kami juga mempunyai beberapa pemain simpanan yang menarik dan ia juga positif.

“Ia adalah bagus kami memiliki pemain yang boleh beraksi seperti ini. Kami perlu mendapatkan ini bersama –sama, kerja keras dan berbakat.”

ARTIKEL YANG SAMA