Celtic juara Liga Perdana Scotland

Celtic juara Liga Perdana Scotland

GLASGOW, 9 Mei (AFP) – Celtic merangkul kejuaraan Liga Perdana Scotland buat kali kelima berturut-turut di sini, sebentar tadi. Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan Aberdeen 3-2 dalam aksi mendebarkan di Stadium Parkhead.

Gergasi Glasgow itu bermula dengan sempurna apabila penyerang sensasi mereka, Patrick Roberts menjaringkan gol pertama pada minit ketujuh.

Pemain yang dipinjamkan daripada Manchester City itu menambah jaringan pada minit ke-20, sebelum Mikael Lustig melengkapkan kedudukan 3-0 empat minit selepas permainan disambung semula susulan rehat.

Lawan mereka kemudian memperoleh gol pertama menerusi Niall McGinn pada minit ke-57 dan Andrew Considine tidak lama selepas itu.

Namun Celtic terus bertahan sehingga wisel penamat bagi membolehkan mereka mendahului pencabar terdekat, Aberdeen dengan kelebihan 12 mata tatkala saingan berbaki dua. – AFP

Pemain Celtic meraikan kemenangan Liga Perdana Scotland mereka selepas berjaya menentang Aberdeen di Celtic Park, Glasgow, semalam. – AP
Pemain Celtic meraikan kemenangan Liga Perdana Scotland mereka selepas berjaya menentang Aberdeen di Celtic Park, Glasgow, semalam. – AP

“Sudah tentu ia suatu gelaran. Anda perlu berjuang menentang pasukan dalam liga dan anda tidak boleh mengatakan ini tidak lebih baik dari yang lain,” kata pengurus Norway.

“Keputusan kami sering mengekalkan konsistensi tetapi dua bulan lepas, kami tidak mempunyai pemacu yang sama dan tenaga dalam pasukan. Terdapat beberapa keputusan buruk yang menjadikan musim sedikit kelabu, bukannya putih.’

“Kami merupakan pasukan terbaik dan kelab terbesar dan segala yang kami capai di sini adalah perkara biasa, selain daripada jika anda pergi melalui Liga Juara-Juara dan ke pusingan seterusnya selepas permainan kumpulan.” Jelasnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA