Celtic mengejar trofi ke-100

Celtic mengejar trofi ke-100

GLASGOW, 25 Nov – Pengurus pasukan Celtic, Brendan Rodgers tidak mahu memikirkan mengenai penyingkiran pasukannya dari kejohanan Eropah ketika mereka bersedia untuk menentang Aberdeen dalam perlawanan akhir Piala Liga Scotland Ahad ini.

Perlawanan yang diadakan di Hampden Park itu adalah peluang bagi Rodgers untuk menyelamatkan tempatnya dalam buku sejarah kelab itu beberapa hari selepas dia menyaksikan pasukan Hoops tidak bermaya untuk menghalang Lionel Messi yang memberikan inspirasi kepada Barcelona bagi mencatatkan kemenangan 2-0 di Celtic Park pada baru-baru ini.

Mereka sudah pasti tersingkir dari Liga Juara-Juara dalam peringkat kumpulan tetapi keputusan itu menamatkan harapan gergasi Glasgow untuk mara ke Liga Europa, yang meletakkan mereka di tangga terbawah Kumpulan C.

Ia adalah tamparan bagi bekas pengurus Liverpool yang meletakkan impak sejak ketibaannya pada musim panas lalu.

Tetapi sekarang Rodgers, yang menyaksikan Celtic mencatatkan kelebihan 10 mata dari Aberdeen di tangga teratas Premiership Scotland selepas hanya 12 perlawanan, mempunyai peluang untuk memenangi kejayaan pertama bersama kelab itu.

Pasukan Celtic ketika beraksi menentang Barcelona baru-baru ini. – AFP
Pasukan Celtic ketika beraksi menentang Barcelona baru-baru ini. – AFP

Jika Celtic menang, ia adalah sejarah trofi ke-100 bagi mereka dan mereka berharap ia adalah perlawanan pertama, dengan gelaran liga dilihat tidak dapat dielakkan dan Piala Scotland akan menyusul.

Biarpun kejayaan besar di Scotland, Celtic hanya memenangi tiga kejohanan sekali gus sebanyak tiga kali dalam sejarah mereka dengan terakhir dimenangi pada musim 2000/01 di bawah kendalian rakan senegara Rodgers dari Ireland Utara, Martin O’Neill.

Emilio Izaguirre, yang berada di Parkhead buat enam tahun lalu, adalah salah seorang dari pemain yang berpengalaman dalam bilik persalinan Celtic dan dia menegaskan penyingkiran mereka tidak akan meletakkan impak negatif ke atas pemain.

“Barcelona adalah pasukan terbaik dunia. Ia semudah itu. Kami telah mencuba sedaya upaya, tetapi ia sukar untuk beraksi menentang mereka,” kata pemain antarabangsa Honduras.

“Tetapi sekarang kami fokus terhadap perlawanan akhir piala. Sekarang ia begitu bermakna. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA