Celtic peroleh pengalaman berharga

Celtic peroleh pengalaman berharga

GLASGOW, 24 Nov – Pengurus Celtic, Brendan Rodgers berkata pengalaman dalam bersaing menentang beberapa pemain terbaik Eropah adalah sesuatu yang amat berharga buat pemain-pemain mudanya selepas mereka terkeluar dari saingan Liga Juara-Juara.

Rodgers melihat dari garisan tepi apabila Lionel Messi mengaspirasikan Barcelona dalam kemenangan 2-0 ke atas juara Scotland itu di Celtic Park awal pagi tadi yang menempah tempat mereka ke pusingan kalah mati.

Celtic juga tidak mampu untuk bersaing bagi Liga Europa, namun Rodgers berkata pasukannya akan mempelajari banyak perkara daripada penglibatan mereka dalam kejohanan elit Eripah itu setelah tidak layak bagi dua tahun sebelum ini.

“Pertama sekali, cabarannya adalah untuk masuk ke Liga Juara-Juara,” kata Rodgers, yang mana pasukannya akan berdepan Manchester City dalam perlawanan terakhir kumpulan mereka bulan depan.

Para penyokong Celtic yang setia menyokong pasukan mereka ketika perlawanan tersebut. – AFP
Para penyokong Celtic yang setia menyokong pasukan mereka ketika perlawanan tersebut. – AFP

“Celtic telah hilang bagi satu tempoh tanpa melayakkan diri, jadi kami membuat usaha yang begitu besar pada musim panas untuk layak.

“Masih terdapat satu perlawanan dalam kejohanan ini, namun pengalaman ini akan sentiasa menjadi tidak ternilai kepada kami. Kami memiliki beberapa pemain muda dalam pasukan yang akan bertambah baik disebabkan ini.

“Saya berasa jika anda lihat pada perlawanan pertama (Celtic tewas 7-0 ke atas Barcelona) berbanding malam ini (awal pagi tadi), kami tidak dibelasah. Mereka menanganinya dengan baik dan secara teknikal para pemain telah bertambah baik. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA