Cemas, ribuan lari gas toksik bocor

Cemas, ribuan lari gas toksik bocor

BEIJING, 11 Ogos – Lebih 10,000 penduduk dipindahkan dari sebuah bandar di barat daya China selepas kejadian ammonia bocor, laporan menyatakan hari ini.

Gas toksik tersebut mula bocor pada lewat kelmarin dari sebuah paip yang dikendalikan oleh Syarikat Kimia Chuanlong di pinggir bandar Nanchong di wilayah Sichuan, menurut laporan West China City Daily.

Paparan media setempat menunjukkan jalan raya sesak tatkala para penduduk lari meninggalkan kawasan tersebut menggunakan kereta, motosikal, basikal dan berjalan kaki.

Pihak polis dan bomba berjaya mengawal kebocoran tersebut dan beberapa penduduk telah pulang semula ke rumah, menurut laporan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA