‘Cendol Temburong’ jadi tumpuan ramai

‘Cendol Temburong’ jadi tumpuan ramai

Oleh Ampuan Irma Susanti binti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 24 Jun – Sepanjang bulan Ramadan ini Tamu Muhibah Aneka Selera Pekan Bangar menjadi tumpuan penduduk Daerah Temburong untuk mendapatkan juadah berbuka puasa di samping Gerai Ramadan Mukim Bokok dan pondok kecil-kecilan di kawasan kampung.

Menyentuh mengenai tamu muhibah berkenaan, pasti ramai teringat dengan “Cendol Temburong” yang terkenal di seluruh negara, di mana ia adalah yang paling laris dijual dalam bulan Ramadan.

Perusahaan keluarga Haji Saban ini telah bermula pada tahun 1986 dengan pengeluaran secara kecil-kecilan iaitu 800 hingga 900 bungkus sehari dalam musim puasa dan 200 bungkus pada hari biasa.

Ia mula mendapat tempat di hati masyarakat Brunei apabila dipasarkan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1996 dengan jumlah pengeluaran lebih 3,000 bungkus sehari sehinggalah ke hari ini.

Kini, terdapat dua perisa dipasarkan, santan dan gula Melaka, dengan 2,000 dipasarkan ke luar daerah dan 1,000 untuk dalam daerah.

Haji Nasib (tengah) bersama kawan-kawan datang dari Bandar Seri Begawan mengambil peluang singgah di gerai Ramadan untuk membeli cendol Temburong.
Haji Nasib (tengah) bersama kawan-kawan datang dari Bandar Seri Begawan mengambil peluang singgah di gerai Ramadan untuk membeli cendol Temburong.
Suasana gerai Ramadan di Tamu Muhibah Aneka Selera Pekan Bangar.
Suasana gerai Ramadan di Tamu Muhibah Aneka Selera Pekan Bangar.
Cendol Temburong terdapat dalam dua perisa iaitu santan dan gula Melaka.
Cendol Temburong terdapat dalam dua perisa iaitu santan dan gula Melaka.

Beberapa pengunjung dari luar daerah yang ditemui menyatakan tujuan mereka singgah di tamu muhibah berkenaan adalah semata-mata untuk membeli “Cendol Temburong” untuk berbuka puasa.

“Rasa Cendol Temburong sangat sedap berbanding di tempat lain dan bertuahlah ampit jua beberapa bungkus untuk dibawa balik,” ujar Haji Nasib dan beberapa orang rakannya yang ditemui.

ARTIKEL YANG SAMA