Cengkaman Djokovic tidak goyah

Cengkaman Djokovic tidak goyah

LONDON, 16 Sept (Reuters) – Dengan gelaran grand slam ke 10, Novak Djokovic terjamin dan ranking nombor satu pada akhir tahun sudah pun pasti, cengkamannya pada tenis lelaki nampaknya tidak goyah dan rekod memberi isyarat.

Pengumpulan perlahan awal piala utama oleh pemain Serb berusia 28 tahun ini selepas kejayaannya di Terbuka Australia 2008 telah meningkat ke satu takat sehingga desas-desus tentang dia mengatasi pemain seperti Bjorn Borg, Rafa Nadal dan malah Roger Federer bukan lagi satu khayalan.

Kemenangan empat set Djokovic ke atas Federer jaguh besar 17 kali, Federer dalam perlawanan akhir Terbuka AS yang mempesonakan pada Ahad lalu, telah dicapai di sebalik serangan hebat tidak henti-henti Federer dan dengan hampir-hampir keseluruhan penonton New York bergemuruh setiap kemenangan dari pakar Switzerland itu.

Ada kalanya Djokovic nampaknya seperti lelaki paling sepi di dunia tetapi dia menerima segala tekanan, menyedut udara malam, dan menunjukkan mengapa menewaskannya di peringkat terbesar adalah hampir mustahil.

Jarang sekali dalam kariernya, Federer, 34 tahun boleh memukul bola dengan keterlaluan, namun memberi serangan tewas kepada pemain yang kemampuannya untuk mengubah pertahanan menjadi serangan klinikal yang terbukti tidak boleh dicapai.

Gambar fail 13 September 2015 menunjukkan Djokovic sedang ditemu bual selepas menumpaskan Roger Federer pada Terbuka AS di New York. – AFP
Gambar fail 13 September 2015 menunjukkan Djokovic sedang ditemu bual selepas menumpaskan Roger Federer pada Terbuka AS di New York. – AFP

Ketua Jelajah ATP Chris Kermode, bertuah dengan era lelaki hebat yang terus memberi, sambil menyifatkan musim Djokovic sebagai “memberi ilham mengagumkan” dan segelintir akan mempertikaikannya.

Tetapi persembahan menakjubkan oleh pemain Switzerland, Stanislas Wawrinka dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis tahun ini, Serb kini mungkin meraikan tahun kalendar grand slam yang terbukti melewati para pemain terhebat di era moden.

Cara dia bangkit balik dari kekecewaan di Paris, pertama di Wimbledon dan kemudian di New York, menunjukkan dia boleh melengkapkan “slam” tahun hadapan.

“Dia berada pada kedudukan terbaik, tidak dipersoalkan lagi pada puncak permainan dan sepenuhnya layak mendapat sanjungan, pujian sebenar kepada sukan kita,” kata Kermode tentang capaian Djokovic bagi ranking teratas pada akhir tahun bagi kali keempat pada semalam.

Djokovic, yang berada pada ranking nombor satu sejak Julai 2014, akan mengatasi kejayaan John McEnroe, iaitu 170 minggu berada di atas dalam bulan November dan kemudian Jimmy Connors (268), Ivan Lendl (270), Pete Sampras (286) dan Federer (302), akan lebih lama di kedudukan teratas sejak ranking ATP diperkenalkan dalam tahun 1973.

ARTIKEL YANG SAMA