Cengkaman IS di Iraq semakin kendur

Cengkaman IS di Iraq semakin kendur

DIBAGA CAMP, Iraq, 23 Ogos – Berikutan dengan kejatuhan kumpulan jihad IS di Iraq, kumpulan militan itu telah meningkatkan penguasaan pemerintahan mereka di kawasan yang masih dikawal, menjadi lebih kejam dan membunuh ramai orang, menurut penduduk yang melarikan diri dari wilayah medan pertempuran itu.

Kumpulan pelampau itu menunjukkan kesukaran tatkala tentera Iraq yang disokong Amerika Syarikat mempersiapkan bagi melancarkan serangan ke atas Mosul, bandar terbesar yang masih berada di tangan militan.

Selama berbulan-bulan, tentera Iraq, militia dan pejuang Kurdish telah bertempur di bandar wilayah itu.

Di beberapa kawasan yang kini berjaya ditawan semula oleh tentera Iraq sejak beberapa bulan lepas, telah bersedia untuk menjadi kawasan tersebut sebagai hab pangkalan tentera utama selatan Mosul bagi melancarkan rancangan serangan mereka.

Qayara, yang merupakan bandar utama di kawasan itu kekal berada dalam tawanan IS, di mana pembunuhan di luar undang-undang sudah menjadi kebiasaan sebelum ini, menurut Jarjis Muhammad Hajaj, yang merupakan antara ribuan penduduk yang melarikan diri bagi berjuang di kawasan dan kini tinggal di Camp Dibaga bagi pelarian di wilayah Kurdish. – AP

ARTIKEL YANG SAMA