CEO bimbang, pertumbuhan suram

CEO bimbang, pertumbuhan suram

DAVOS, Switzerland, 20 Jan – Keyakinan mengenai pertumbuhan jualan jangka pendek di kalangan ketua eksekutif di seluruh dunia telah merosot kepada tahap paling rendahnya dalam enam tahun tatkala enjin ekonomi China menjadi perlahan dan kemelesetan dalam harga minyak mengisyaratkan kebimbangan mengenai prospek global.

Satu tinjauan ke atas lebih 1,400 CEO yang dikeluarkan semalam sehari sebelum Forum Ekonomi Dunia tahunan di Davos memberikan gambaran yang suram, tatkala pemimpin korporat memikirkan ancaman yang semakin meningkat.

Meskipun perangsang berjumlah bertrilion dolar dan wang yang telah disalurkan oleh bank pusat ke dalam sistem sejak krisis kewangan 2008, hanya 27 peratus CEO yang menjangka pertumbuhan ekonomi global berpulih dalam tempoh 12 bulan akan datang, berbanding dengan 37 peratus pada masa yang sama tahun lalu.

China, dengan permintaannya membantu memulihkan dunia pada kali terakhir, menjadi tumpuan.

Ahli yang hadir menggunakan peranti mudah alih mereka semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. - Reuters
Ahli yang hadir menggunakan peranti mudah alih mereka semasa mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. – Reuters

“Anda mempunyai ekonomi kedua terbesar di dunia yang sehingga sekarang telah melihat kadar pertumbuhan amat baik apabila kebanyakan yang lain sedang bergelut, dan sekarang kami melihat kemelesetan sebenar,” kata Dennis Nally, pengerusi PricewaterhouseCoopers (PwC), yang menjalankan pemeriksaan keadaan korporat tahunan.

“Timbulnya kebimbangan besar berhubung mata wang dan pasaran saham, dan terdapat soalan sebenar mengenai keupayaan China untuk mengubah ekonominya.

Data rasmi terbaru semalam menunjukkan pertumbuhan China pada 2015 adalah 6.9 peratus, paling rendah dalam satu perempat abad, menambah kepada masalah yang menghadapi kerajaan tatkala ia cuba beralih daripada perancangan pusat kepada ekonomi yang lebih berorientasikan pasaran. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA