CEO Dortmund beri amaran

CEO Dortmund beri amaran

BERLIN, 8 April (AFP) – CEO Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke (gambar) memberi amaran bahawa pasukannya bersedia untuk bangkit dalam merebut gelaran Bundesliga jika pasukan pendahulu Bayern Munich Pep Guardiola tewas di Stuttgart esok.

Dengan hanya berbaki enam perlawanan, gergasi Bavaria itu melebarkan lima mata di depan Dortmund yang berada di tangga kedua tetapi menghadapi persaingan sukar di Stuttgart, selatan Jerman. Pasukan Guardiola menunjukkan keletihan sejak beberapa minggu.

Mereka mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Benfica dalam Liga Juara-Juara Selasa lalu dengan kemenangan 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt yang diancam penyingkiran.

“Bayern perlu pergi ke Stuttgart dan ia bukanlah perlawanan persahabatan,” kata Watzke, yang mengikuti beberapa permainan minda pasti mengganggu bos Bayern.

“Bayern perlu memastikan mereka tidak memberikan sesuatu di gelanggang luar musim ini, jika tidak kami pasti berada di sana (untuk mendapatkan kelebihan).”

pg23_160409_b

Dortmund perlu terus mencatatkan kemenangan untuk berpeluang bagi gelaran liga pertama sejak 2012 dan mereka berada di Schalke, Ruhr Valley Ahad ini.

Bayern berusaha untuk menjadi kelab pertama Jerman untuk mencatatkan empat kemenangan gelaran Bundesliga berturut-turut setelah memenangi liga bagi tiga musim lalu.

Tetapi Watzke gembira Dortmund masih memiliki peluang tipis untuk memecahkan penguasaan pasukan Bavaria itu.

“Pada kedudukan musim ini sejak beberapa tahun, ia sudah ditentukan. Sekurang-kurangnya kami berdepan Bayern dengan menghasilkan persembahan terbaik,” tambahnya, dengan Dortmund terus meningkat sehingga liga akhir hujung minggu pada 14 Mei.

Di Stuttgart, Bayern akan beraksi tanpa pemain sayap Belanda Arjen Robben yang tidak beraksi sejak pertengahan Mac kerana kecederaan.

ARTIKEL YANG SAMA