CEO Nintendo meninggal dunia

CEO Nintendo meninggal dunia

TOKYO, 13 Julai (AFP) – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nintendo telah meninggal dunia hari ini akibat kanser pada usia 55 tahun, dalam satu pergolakan untuk syarikat permainan video Jepun hanya beberapa bulan selepas meninggalkan dasar konsol dan melancarkan satu usaha untuk menembusi pasaran permainan telefon pintar yang sedang berkembang.

Firma yang berpangkalan di Kyoto itu berkata Satoru Iwata meninggal dunia pada Sabtu, dengan penganalisis mengingatkan kematiannya yang tiba-tiba mungkin menjejas pelan kadar pusing ganti di syarikat pengeluar francais Super Mario, Donkey Kong dan Pokemon.

Seorang tokoh berpengaruh dalam industri permainan video, Iwata menyelia kejayaan konsol pemainan Wii Nintendo dan pertambahan dalam pendapatan sebelum permainan telefon pintar mulai menghakis kejayaannya, memaksa pemikiran semula strategi.

Iwata mengumumkan pada tahun lalu beliau tidak sihat dan tidak menghadiri mesyuarat pemegang saham firma pada Jun 2014, walaupun setakat mana keseriusan penyakitnya adalah tidak jelas pada masa itu.

CEO Nintendo meninggal dunia akibat penyakit kanser. – AFP
CEO Nintendo meninggal dunia akibat penyakit kanser. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA