Ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran

Ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 10 Julai – Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran tahun ini, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) telah menganjurkan majlis ceramah agama yang diselajurkan dengan Khatam Al-Quran melibatkan penyertaan kalangan kakitangan syarikat berkenaan, yang berlangsung di surau syarikat itu, di sini.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Awang Haziq Hanafi, Al-Hafiz dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Hassanal Bolkiah. Pembacaan bertadarus telah dimulakan pada bulan Jun lalu. Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais dan pegawai-pegawai pentadbir lainnya.

Ceramah pada majlis itu telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Kamaru Salam Yusof.

Majlis telah diakhiri dengan menunaikan sembahyang fardu Zuhur berjemaah dan doa selamat.

Awang Daud bersama para tetamu yang lain hadir di majlis itu.
Awang Daud bersama para tetamu yang lain hadir di majlis itu.
Kakitangan Syarikat BMC yang terlibat dalam majlis Khatam Al-Quran.
Kakitangan Syarikat BMC yang terlibat dalam majlis Khatam Al-Quran.

ARTIKEL YANG SAMA