Ceramah khas menjelang Ramadan

Ceramah khas menjelang Ramadan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Menjelang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat Negara telah mengadakan ceramah khas di Dewan Bankuet, Bangunan Dewan Majlis hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet & Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin bin Haji Asar, ahli-ahli Yang Berhormat MMN, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat Negara.

Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dr. Andus Ismuhadi bin Haji Abdullah bertajuk ‘Sembahyang Kunci Syurga.’

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hadir pada majlis ceramah berkenaan selaku tetamu kehormat.
Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara hadir pada majlis ceramah berkenaan selaku tetamu kehormat.

Dalam ceramahnya, beliau menyentuh puasa dalam bulan Ramadan yang merupakan bulan untuk latihan dan persiapan mendapatkan takwa. Maka dengan sembahyang, seseorang beroleh ketakwaan dan sembahyang juga mengelakkan seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar.

Beliau turut menekankan bahawa sembahyang juga perlu sempurna bagi mengelak perkara-perkara yang mendatangkan dosa, begitu jugalah puasa yang perlu disempurnakan dalam masa sebulan dan penuh tawaduk bagi mencapai tahap takwa.

ARTIKEL YANG SAMA